Bismillah photo Bismillah-Fonts-2.gif

Saturday

Seorang Muallaf yang aku kagumi..

Bismillah.

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ni aku nak cerita sikit pasal saudara baru kita.. Saudara sesama islam. Nama beliau Shah Kirit Kakulal Govindji. Start aku kenal dia bila aku tengok satu program ni kat tv Alhijrah.. Program apa tah dah lupa. Tapi dia selalu je ada kat tv al hijrah tu. Ape yang membuat kan aku tertarik kat dia adalah apabila dia bercakap, berhujah. Perghh bagi aku mantap giler ar.. Tak pernah lagi aku tengok orang islam kita macam dia.. Aku sangat kagum.. Setiap ape yang dia hujahkan mesti dia selitkan ayat al-quran or hadis. Dia bukan setakat bagi ayat al-quran je, siap lagi cakap surah ape, surah yang ke berapa, ayat yang ke berapa.. Bila dia cakap tu tak de gagap-gagap.. Smooth!! petah!!  kagum giler ar aku.

Start tu aku search pasal dia. kat utube, fb. tapi fb dia tak boleh nk add sebab dah ramai sangat fren dia.. ape yang aku tahu pasal dia, dia masuk islam sebab perempuan melayu.. dia dulu agama hindu, pastu berkawan dengan perempuan melayu islam.. mula2 memang dia nak kawan je dengan perempuan tu, tapi manusia tu hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ditakdirkan Allah dia jatuh cinta kat perempuan tu (means isteri dia yang sekarang) sebelum dia nak kawin mestila dia kena masuk islam.. sebelum dia kawin, dia kate nak belajar dulu islam yang sebenar. so dia ada belajar dengan seorang guru selama 3 bulan. dari situ la dia belajar pasai akidah sume. dan setiap pertanyaan yang ditanya oleh shah kirit dibalas oleh gurunya dengan hujah daripada al-quran. Dia kate guru dia tak bagi jawapan mengikut logik akal dia sendiri. fuh! best kan.. u know what, bagi aku sangat bertuah bagi mereka yang nak belajar islam or al-quran ke ada gurunya sendiri.. macam aku, aku selalu ar berangan nak ada guru yang boleh teguq ak pasai tajwid sume.. yang boleh ajaq aku pasal al-quran. sape tak nak kan?

ni aku nak bagi satu video dia yang bagi aku menarik giler.. kalau korang nak tengok video dia lagi, cari sendiri ye kat utube.. ada banyak! video ni cerita macam mana kita nak mematahkan helah orang kristian terhadap isu kalimah Allah.. sekarang kan macam tengah hot pasal isu ni. dan dah lame dah aku nak tahu pasal isu kalimah Allah ni.. aku sebagai orang islam masih ragu-ragu boleh ke tidak kalau Bible bahasa melayu nak gunakan kalimah Allah..n ada satu lagi impian aku, aku sangat jeles kot bila ada member yang dah jejakkan kaki ke Makkah.. semoga aku diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam yang kelima tu..











*sesungguhnya aku hanya seorang wanita yang dahagakan ilmu islam..
suke ? LIKE yee

No comments:

Post a Comment