Bismillah photo Bismillah-Fonts-2.gif

Saturday

MUHAMMAD SYAHID

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Title hari ni adalah muhammad syahid.. ye, nama adik aku yang sorang ni.. nak cerita sikit la pasal dia.. aku memang sayang sangat kat dia.. umur baru 7 tahun.. adik aku bukan macam adik2 yang lain.. dia sakit, leukimia.. dia pun sayang kan aku jugak..ceh, macam mnae aku tahu ek dia sayang aku.. padahal dia tak pernah cakap sayang kat aku pun.. haha..kasih sayang bukan nya boleh disampaikan dengan kata2 sahaja kan.. boleh jugak dengan perbuatan.. dan syahid tunjuk kan kasih sayang dia dengan perbuatan.. okay, sekarang ni aku 2 minggu sekali baru balik melaka sebab jaga anak buah dekat batu pahat.. so, bila balik je umah dia mesti suruh aku suapkan dia makan.. mandikan dia, suka dengar lagu alvin and the chipmunk kat handphone aku.. owg kata, apa yang dia buat kat aku dia tak buat kat adik beradik aku yang lain.. ni nak cerita jela serba cikit pasal adik aku..

hurmmm, tadi ternangis pulak pasal adik aku ni.. aku tak tahu kenapa begitu sensitif.. adik tak macam sebelum ni.. yang sentiasa berselera nak makan.. dia sebenarnya lapar je.. tapi tak tahu la.. maybe perut dia tak boleh terima makanan.. bila makan sikit je mesti muntah.. bila dah muntah tu of course la aku sebagai kakak yang sayang dia ni bersihkan.. okay itu tak pe lagi.. adik biase makan nasi goreng.. tapi nasi goreng yang mak buat tu aku rase tak sedap dan tak banyak ikan bilis (adik suka makan ikan bilis) so, aku anggap sebab tu la adik tak nak makan.. then, try bagi makan mee sup.. tapi adik tak nak jugak.. aku pun stop la bg makan ape2.. yela, tak kan nak paksa adik makan kan.. aku bukan nya jenis yang suka memaksa owg..

adik masa tu tengah tengok upin ipin dalam bilik.. hari  ni semua adik beradik aku ada.. yang dari rawang, johor, akak ipar yang baru khawin minggu lepas pun ada.. semua la.. so time tu semua tengah duk makan kt dapur, termasuk aku.. si insyirah pulak(anak buah) pegi masuk bilik yang tempat muhammad syahid tengok upin ipin.. adik pulak dah le tengah lapar,so baran ar dia bile ada owg kacau dia.. entah ape tah adik wat kt insyirah sampai insyirah nangis.. so si bapak dia ni pulak (abg ipar) mne boleh dengar anak dia nangis.. pastu si bapaknya cakap macam ni dengan aku 'ko ni adik, pegi le bg dia makan' aku tak tahu la kenapa aku boleh terasa dengan ape yang dia cakap.. aku diam je sebab dalam hati aku nak nangis.. okay aku tahan lagi..

pastu mak ada masak nasi goreng yang lain and ikan goreng.. aku letak nasi goreng dekat pinggan plastik, ikan pulak aku letak kat pinggan kaca..aku nak jugak bagi dia makn, kalau dia nak makan.. tapi dia tak nak pun.. ok fine, aku letak la nasi n ikan goreng tu kat sebelah dia.. dengan niat kalau dia ada selera nak makan ke boleh la dia suap sendiri.. then aku pun bla sebab nak amik bakul baju dekat mesin basuh.. nak pungut baju kat dalam bilik.. on the way pegi ke mesin basuh aku terdengar bunyi kaca pecah.. aku ingat anak buah aku ke yang pecah kan barang.. rupa nya adik dah campak kan ikan goreng tu ke bawah.. ni lagi 1 perngai adik aku yang aku nak cerita.. dia tak suka kalau ada ape2 barng yang dia tak berkenan dekat dengan dia.. di akan campakkan barng tu.. sambil aku tengah tengok bilik tu abah pun cakap 'kenapa kak syidah guna pinggan kaca??' abah cakap lembut je pun tapi aku rasa nak nangis sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk adik.. bila dah ramai kat umah tu semua owg berkumpul, borak2 semua... aku pun nak la jugak dengar ape yang dibualkan.. tapi aku kadang2 tak dapat join die owg sebab layan kan adik.. aku pun terus amik penyapu untuk kemas kan kaca tu.. kak long suruh amik penyapu dua tapi aku tak sapu pun.. mak yang tolong kemas.. aku dah tak tahan nangis time tu.. try tengok muka kat depan cermin kalau2 ada ape2 perubahan pada muka aku.. aku tengok mata dah bergenang dengan air mata, mata n hidung dah mula merah.. tak boleh jadi ni, terus masuk bilik air menangis.. aku cuba tahan sebenarnya sebab aku tak suka kalau2 ada adik beradik aku yang perasan..

dalam bilik cuba bagi semangat untuk diri sendiri, okay syidah, its nothing happen la.. bila dh sudah tu tengok lagi kat cermin, mata bengkak, mata hidung merah.. ha kan sape suruh nangis.. aku cuba cover dengan lagak biase n ceria.. yeah! berjaya tak de sape perasan..

aku tak tak boleh marah owg. tak boleh nak marah adik berdaik yang lain kalau dia owg buat adik baran n buat dia nangis.. kalau sekali aku marah, nanti aku nangis.. atau pun aku marah adik aku kalau dia buat macam tadi la, campak pinggan ke bawah sampai pecah seribu...




adik tak macam dulu.. yang sentiasa ada selera nak makan.. yang sentiasa mintak akak dia yang ni suapkan.. aku sentiasa doakan adik bertambah selera makan dia.. semoga sentiasa diberi kesihatan yang sempurna.. adik sekarng sngat kurus.. sampai dah boleh nampak tulang dia.. bila tengok adik je pun dah boleh membuat kan air mata aku jatuh..naseb baik adik tak de perasaan bila nmpak aku nangis depan mata dia.. 


okay, rasanya dah panjang lebar dah ni bercerita.. ponat den nak menaip.. huhu. bye!

nak kongsi sikit status yang aku pernah update kat facebook..
Tak semua perkara mengenai diri kita, kita boleh cerita kat orang lain.. Apa yang kita rasa tak semua orang boleh paham.. kadang2 apa yang kita luahkan menjadi bahan pula bagi mereka.. dan aku pilih untuk berdiam diri dan menyimpan 1001 rahsia yang mungkin mereka tertanya-tanya.. salahkah kite pendam? tak salah sebab kita ada Allah sebagai tempat untuk kita mengadu..

suke ? LIKE yee

3 comments:

Cik Syiera said...

oho..sedih..dah nak mengalir air mata aku baca cerita kau...aku mmg taw adek kau ade penyakit tuh...sabar ye...kalau aku pon,aku mcam kau..sbb orang yang kite sayang kan..and tak yah berdiam diri..cerita je kat sini..ade orang bce..tapi ade orang tak bce..mcm kau cakap kat aku..sekurang2 nya blog nih tempat kite luahkan perasaan..kalau ade orang bce pon..skurang2nya orang tuh tak tahu cerita nih drpd mulut kite sendiri..

syidah said...

okay syera.. terima kasih bagi kata2 semangat kat aku..

qhalida amat said...

assalam, semoga allah menyembuhkan adik syida tu. tak pe la, syidah kan gadis, sure la touching2 sikit, kena jadi kental lagi la pas ni. semoga menjadi kakak muslimah yang baik untuk adik syida, makanan tu kena la kreaktif supaya adik makan. allah uji syida sebab Dia tahu syidah mampu menghadapinya :)

Post a Comment