Bismillah photo Bismillah-Fonts-2.gif

Tuesday

Wahai kaum ADAM!!

' Menjadi wanita yang dihormati itu adalah lebih baik berbanding menjadi wanita yang diminati oleh kaum Adam '

Pernah dengar kan kata-kata kat atas tu. Aku  berusaha untuk menjadi wanita yang dihormati. tak kira dihormati oleh kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, perempuan mahupun lelaki. Aku Cuba untuk menjadi wanita yang tidak diminati oleh kaum Adam terutamanya. dekat sini aku nak cerita mengenai diri aku. (eh memang blog aku, aku cerita pasal diri aku je pun) . Sejak kebelakangan ni, aku jadi rimas dengan mereka yang meminati aku . Ok aku cerita ni bukan nak bangga diri.. tak terlintas sikit pun untuk riak.. aku cuma ingin meluahkan ape yang aku rasa selama ni. aku bukan nya macam sesetangah wanita yang sangat suka bila someone yang suka kan dia.. aku bukan macam tu.. wahai la kaum adam, alangkah eloknya jika engkau menjaga pandanganmu. menjaga perasaanmu. Dalam quran Allah memerintahkan untuk kita menjaga pandangan.. samaada lelaki mahupun perempuan.







“katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS.An-Nuur [24]: 30-31).

Dari mata turun ke hati. oleh itu, kita hendaklah menjaga pandangan. ikut cara yang macam mane islam anjurkan. aku cakap ni bukan nak kata aku baik. cuma nya nasihat untuk orang lain adalah nasihat untuk diri sendiri jugak. Kan elok kalau kita menat someone just pendamkan. Bila tiba masanya yang sesuai straight to the point cakap kat wali dia.. baru le gentleman. ni lelaki mintak couple depan2 nak cakap dia tu gentleman.. adoi x paham aku!

“Sabda Rasulullah s.a.w.. Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”





 secara jujurnya, dulu aku pernah bercouple. zaman jahil kata orang. Walaupun dulu kita pernah buat sesuatu yang melanggar syariat tak semestinya kita tak boleh berbalik ke jalan Allah right? taubat nasuha sebagai tanda keinsafan untuk menunjukkan bahawa kita betul2 berubah. tidak dinafikan masih rami lagi yang tak paham cara yang macam mne Islam anjurkan dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan..Benda ni tak perlu pun belajar kat sekolah ke ape ke tapi selidik sendiri.. remaja sekarang kan generasi Y. Semua orang tau teknologi sekarang. maklumat semua ada dihujung jari.. tak susah pun kan.



ada jugak persoalan yang mengatakan bahawa kalau kita terlalu menjaga macam mane nak cari jodoh kita? ok pegang kata2 ni 'Cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remeber, matlamat tak menghalalkan cara.'











suke ? LIKE yee

No comments:

Post a Comment