Bismillah..
Macam mane ea nak mula.. hari khamis hari
tu (12/9/2013 bersamaan 6 zulkaedah 1434) muhammad yazid bin khalil telah
kembali kerahmatullah.. pagi tu dalam pukul 8 lebih dapat msg daripada yasarah..
dia cakap arwah dah tak de.. bila dapat msg tu kat kelas tu jugak aku nages..
igtkan boleh tahan, last2 jatuh jugak air mata aku.. aku tak tahu kenapa aku boleh
nangis pasal arwah.. aku terkejut, tak sangka arwah dah tak de.. adoai nak
cakap arwah pun rasa kekok..
before arwah accident, 2 hari sebelum tu
arwah ada bagi msg kat aku.. msg biase2 je la, dia tanya khabar, buat ape sume,
subjek ape yang aku amik kat matrik ni.. tapi msg tu tergantung sebab aku sibuk
buat kerja.. tak dapat nak melayan dia.. padahal time tu dia kate dia tengah
bosan.. Arwah accident selepas dia balik solat jumaat.. macam mne boleh accident
aku pun tak tahu.. dia accident ni pun syahirah yang bagitahu.. dia kate jari
kaki arwah patah n ada pendarahan kat otak.. betul ke tak wallahualam.. 2 hari
before arwah meninggal aku ada try bg msg kat dia..
aku: Assalamualaikum..
dia : wslam.. ni saper?
aku: ni bukan yazid ke?
dia : nia adik dia..
aku : owh,, yazid cmne ea sekarng.
adik : dia ok lah, cuma bila dia makan dia
muntah balik.
aku: Alhamdulillah.. cakap kat dia, syidah
kim slam. semoge cepat sembuh..
adik : ok..
selepas daripada tu aku rasa lega la
sikit.. at least dia sedar daripada koma.. cumanya dia tak de selera makan.. so
aku rasa benda ni normal la bila org sakit.. tapi 2 hari selepas tu aku dapat
tahu dia dah tak de aku jadi....... entah la.. tak tahu nak cakap macam ne..
terkejut, terkilan, sedih, sume ada..
Pasni dah tak de org nama yazid dalam
hidup aku.. dah tak de orang yang nak amik tahu pasal aku lagi dah.. dah tak de
orang antar msg kat aku malam2.. dah tak de org yang menaruh harapan..dia la
orang yang tak pernah putus asa daripada terus berharap kat aku.. tapi aku tak
anggap dia lebih daripada seorang kawan.. daripada form1 lagi dia suka kat
aku.. sampai la sekarang.. arwah sorang je lelaki yang still care pasal aku..
walaupun kat mane pun aku berada..walaupun kadang2 tu aku nak taknak je msg
dengan dia.. ni la satu perkara yang wat aku terharu.. sebab tu aku tak percaya
dia tak de.. dalm sekelip mata Allah boleh tarik nyawa hambaNya.. tapi Allah
lebih sayangkan dia kan.. setiap kali aku igt dia, aku akan sedih n setiap kali
tu jugak aku sedekahkan al-fatihah untuk arwah.. semoga arwah bersama2 orang
yang beriman.. inshaaAllah..
Sesungguhnya kematian tidak pernah memilih tua atau muda.. kaya
atau miskin.. sihat atau sakit.. kita yang masih hidup ni teruskan beribadah
kepada Allah.. sentiasa pesan pada diri sendiri, semakin kita hidup, semakin dekat
diri kita dengan kematian.. kalau ditanya kepada orang yang soleh, mengapa
mereka tidak terhibur? Nescaya mereka akan menjawab, ‘Bagaimana hendak
bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan, kiamat itu
janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah’
“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari
Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang
paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa
pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan
melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)
-Jom sama2 kita perbaiki diri kita.. jadikan hari ini lebih baik
daripada semalam dan hari esok lebih baik daripaada hari ini.. InshaaAllah. Takziah buat keluarga arwah.. Semoga bersabar dengan ujian yang Allah berikan..













